top of page

Pengenalan

 

Sistem kepercayaan orang Melayu dan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak adalah terlalu banyak. Namun begitu, apa yang jelas dilihat ialah segala jenis keprcayaan ini merupakan rentetan daripada kepercayaan asal orang Melayu iaitu kepercayaan terhadap animisme. Kewujudan kepercayaan ini telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan mereka dan akhirnya mereka menyembah pelbagai unsur alam semesta supaya mereka tidak terlibat dalam kemalangan.

 

Apa itu Animisme ?

 

Mengikut encyclopedia, kepercayaan animisme merupakan peringkat awal manusia mulai mempunyai agama. Perkataan animisme berasal daripada perkataan Latin “Animis” yang membawa makna nyawa atau roh.Mengikut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut, pokok dan tanaman. Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan kata lain alam sekitar mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan seperti memburu, mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan interaksi dengan alam sekitar. Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan sinaran matahari pada waktu siang. Mereka menganggap semua benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya dapat memperolehi pertolongan daripadanya.

 

 

 

Animisme menurut kepercayaan masyarakat Rungus

 

Kepercayaan 'Labus'

 

Sebelum kedatangan mubaligh Kristian pada sekitar tahun 1950-an, satu-satuya kepercayaan suku kaum Momogun Rungus ialah kepercayaan animisme. Mereka menyebut kepercayaan ini sebagai agama Labus (disebut Labvus). Menurut agama ini apabila bangsa Momogun dianiaya atau dijajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yang tidak pernah terjadi seperti serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yang melakukannya terhadap Momogun. Hal ini dikatakan oleh Bobolizan Guraumanuk sebagai wasiatnya kepada Momogun.

 

 

 

 Mitos & Lagenda Nunuk Ragang


Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'.'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.

 

 

Pengait

 

Pada zaman dahulu tengkorak manusia juga dikaitkan dengan cerita " pengait " atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai " head hunter " satu panggilan kepada pemburu kepala manusia untuk dijadikan berian kahwin ataupun sebagai tanda kepahlawanan. Kesahihan cerita pengait ini sukar dipastikan kerana tidak ada bukti kukuh tentangnya, mungkinkah itu hanya sebagai lagenda ataupun cuma sebagai cerita di antara cerita-cerita penglipurlara semata-mata. Cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu kini kian tenggelam ditelan zaman, cerita " pengait " dan kisah-kisah pemburu kepala jarang kedengaran lagi di mana-mana di negeri ini.

 

 


Upacara Mamasi & Managas

 

Agama Labus mempunyai kalender sendiri. Dalam agama Labus tahun ia bermula sebagai pesta kaamatan/kokotuan ialah bulan satu.KAAMATAN

adalah tahun baru pada asalnya jika menurut agama Labus. Tahun ini ialah tahun ke-11 dalam agama labus.Kitaran tahunnya adalah 100 tahun.

Selepas 100 tahun, maka bermula lagi ke tahun 1 dan demikianlah pusingannya seterusnya. Ada dua perkara yang penting semasa 100 tahun

dalam kalender agama Labus iaitu upacara Mamasi dan upacara Managas.

 

 

 

Masyarakat Dan Kepercayaan Animisme Di Sabah

bottom of page