top of page
MAKSUD ISLAM

Islam maksudnya “Istislam” iaitu menyerah diri kepada ketentuan Allah. Apa sahaja yang diperintahkan Allah daripada sekecil-kecilnya seperti menyucikan diri daripada najis (bab taharah) sehingga peraturan mewujudkan negara yang taat dan patuh kepada Allah dan syariatNya.

Islam adalah agama Allah yang diturunkan sebagai panduan hidup manusia sejak zaman berzaman. Bermula dengan zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir dilahirkan. Islam sahaja suatu cara hidup yang sempurna dan sepatutnya menjadi pegangan setiap manusia. Agar mereka selamat di dunia dan sejahtera di akhirat yang berkekalan. Kehidupan di dunia ini (dengan segala isinya) hanyalah semata-mata menjadi tanda kewujudan kehidupan di akhirat.

Pengenalan Islam

MAKSUD Ad - Din

Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama Islam yang membawa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.

Aliran dalam Agama Islam

Terdapat 2 Aliran Utama dalam Agama Islam iaitu Aliran Syiah dan Aliran Ahli Sunnah. selain itu terdapat beberapa aliran lain dalam islam termasuklah :

  1. Butriyah

  2. Yaqubiyya

  3. Hanafiyah

  4. Muhammadiyyah

  5. Ahmadiyah

Mazhab dalam Islam ialahahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai. Namun terdapat 4 mazhab sahaja yang boleh digunakan dalam Islam aliran Ahli Sunnah. Manakala Syiah pula mempunyai 3 Mazhab utama.

Mazhab Dalam Islam

Mazhab Ahli Sunnah

 

  1. Mazhab Hanafi

  2. Mazhab Maliki

  3. Mazhab Syafie

  4. Mazhab Hanbali

 

Mazhab Syiah

 

  1. Mazhab Jaafariyyah

  2. Mazhab Ismailiyyah

  3. Mazhab Zaidiyah

 

6 Rukun Iman

 

1. Beriman dengan Allah yang Esa

2. Beriman dengan para malaikat.

3. Beriman dengan kitab-kitab suci.

4. Beriman dengan para Rasul.

5. Beriman dengan Hari Akhirat.

6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

 

Rukun Iman & Rukun Islam

5 Rukun Islam

 

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Mendirikan solat.

3. Menunaikan zakat.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan.

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

 

Hari Raya AidilFitri

PERAYAAN

Hari Raya AidilAdha

Perayaan Dalam Islam

Hari cuti dalam Islam kebanyakannya berasaskan pada kehidupan Nabi Muhammad, terutamanya peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan al-Quran. Islam mempunyai dua perayaan utama, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Cara cuti-cuti dalam Islam disambut mungkin berlainan mengikut budaya, dan juga mengikut mazhab, Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah. Cuti dalam Islam secara umumnya mengikut kalendar qamari, dan oleh itu disambut sedikit lebih awal setiap tahun relatif dengan kalendar suria. Taqwim Islam mempunyai 12 bulan dan 354-355 hari. Kalendar bulan Sunah Waljamaah dan Syi'ah tidak sentiasa berbetulan: kadangkala suatu cuti Syi'ah dan cuti Sunah Waljamaah disambut pada dua hari yang berlainan, biasanya dua hari yang berturut-turut.

Jumaat (Jumu'ah)

ACARA AGAMA

 Ashura

Laylat Al-Qadr

Laylat Ul Isra' Dan Mi'raj

Laylat ul Bara'ah

Nisfu Syaaban

Ramadan

Tahun Baru Islam (1 Muharram)

 

HARI PERAYAAN BUDAYA

Hari Terbuka Masjid

Maulidur Rasul

Eid Al-Ghadeer

Arba'een

Amalan Agama
bottom of page