
keharmonian beragama dalam kalangan masyarakat sabah


Agama Animisme bermula bertapak di sabah sebelum abad ke 18 dimana masyarakat rungus,kadazan dan dusun serta masyarakat lain terutamanya yang masih mengamalkan tradisi kuno serta kepercayaan animisme masih diamalkan sehinggalah sekarang.Animisme adalah kepercayaan bahawa segala benda (pokok, batu, angin dan lain-lain) mempunyai semangat atau roh (Kamus Dwibahasa;1991;48). Roh-roh ini adalah terdiri dari makhluk halus yang menghuni tempat-tempat tertentu seperti sungai, batu, pokok kayu, rumah, dapur , tanah, langit dan lain-lainnya yang boleh memberikan gangguan dan musibah kepada manusia, apabila manusia mengganggu tempat tinggal mereka itu. Makhluk-makhluk halus (rogon) ini biasanya jahat dan perlu dijamu untuk berbaik-baik supaya tidak mengganggu manusia. Diantara nama-nama rogon yang dipercayai oleh suku kaum Rungus sebagaimana yang disenaraikan oleh Japuin Madisah (1986:19) ialah Rinumindob atau hantu tanah; Rumana, Pampang, Omopodon, Sorumbohon atau hantu hujan; Sinakambang atau hantu jantan; Linopiza, Sinimbulang atau hantu sungai; Pangambal dan Yongkomizan atau hantu rumah; Yangkabatak atau anak hantu; Bukakaron atau bapa hantu; Mahani dan Masanggong atau hantu dapur dan lain-lain lagi.Kuasa-kuasa ghaib (osundu) yang, yang disebut sebagai 'semangat' oleh Duas Ingkat @ Juas (1992:27, dalam Jeubirin Bin Sopital, 2000:59), telah dibahagikannya (Duas) kepada dua golongan, iaitu golongan yang baik dan golongan yang jahat. 'Semangat-semangat' atau kuasa-kuasa ghaib (osundu) terdiri daripada Llumaag danInansang, manakala golongan yang jahat pula terdiri daripada Rogon, Korombuvou, Inangkis, Morok dan Tambaig.Makhluk-makhluk halus atau hantu-hantu ini memang masih berada di bawah kuasa Kinoringan, tetapi usaha berbaik-baik dengan mereka terus dilakukan oleh orang-orang Rungus dengan pelbagai penjamuan dan sajian. Hanya apabila hantu-hantu ini sudah tidak dapat dipujuk lagi, barulah manusia berdoa (mangambo) memohon pertolongan Kinorongan, sama ada melalui wakilnya para Llumaag iaitu Llugu (para Llumaag lelaki) atau Ddevato (para Lumaagperempuan) atau terus kepada Kinoringan.Satu hal lagi, menurut Mohd. Yassin Isa (1976, dalam Mohd. Taib Osman, 1978: 59), manusia (Suku Kaum Rungus atau etnik Momogun) mempercayai adanya Kinorongan yang berkuasa penuh di dunia ini. Tetapi manusia tidak tahu menyembah-Nya. Sekiranya seseorang kecurian seekor babi dan si pencurinya tidak diketahui, manusia berserah kepada Kinoringan supaya si pencuri itu dihukum sewajarnya. Sekiranya seseorang itu sakit dan sudah banyak ikhtiar dibuat tapi tidak juga sembuh, maka Rogon akan disembah (disaji atau dijamu) untuk menyembuhkan si sakit itu. Sekiranya tanam-tanaman tidak subur, maka diadakan upacara menyembah Rogon.Dalam pada itu, menurut Mohd. Yassin Isa lagi, suku kaum Rungus dalam amalan animisme mempunyai berbagai-bagai cara untuk menyembah Rogon yang bertanggungjawab terhadap sifat-sifat negatif manusia, antara lain seperti berikut;
(a) Manusia tidak beroleh anak, kalau pun ada, bilangan anak itu terhad.
(b) Manusia selalu mengidap penyakit seperti gila, gila babi, sakit kepala, bengkak kaki, sakit tenat dan seumpamanya.
(c) Makanan seharian seperti padi, jagung, ubi dan lain-lain tidak tumbuh, kalaupun tumbuh, tidak subur.
(d) Air minuman manusia semakin berkurangan.Mengikut kepercayaan animisme, anak yang baru dilahirkan tidak boleh terus diberi
PERMULAAN ANIMISME DI SABAH



