
keharmonian beragama dalam kalangan masyarakat sabah


​Islam dipercayai menghampiri negeri Sabah pada abad ke-10 dan bertapak di Sabah selewat-lewatnya pada tahun-tahun akhir 1300 berdasarkan bukti bertulis jawi dalam bahasa Idahan di Kg Sapagaya, Lahad Datu.
Sekitar abad ke-16, apabila negeri ini dibahagi kepada 3 zon, perkembangan Islam semakin meluas. Kawasan pantai di antara Pandasan hingga ke Kimanis di bawah kuasa de facto kesultanan Islam di Brunei; kawasan pantai dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuga di bawah kekuasaan Islam kesultanan Sulu; sementara bakinya sebagai kawasan bebas, iaitu kawasan pantai dari Pandasan ke Teluk Marudu di bawah kekuasaan pembesar-pembesar Islam yang bergelar Syerif. Hanya kawasan pedalaman dikuasai sendiri oleh beberapa suku kaum pribumi yang bukan Islam.
Sejarah Islam Di Sabah

Perkembangan Islam Di Sabah​
​
Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 kira-kira 65.4% penduduk Sabah beragama islam, 26.6% lagi adalah Kristian, 6.1% Buddha, 1.6% lain-lain dan 0.3% tidak beragam. Sejak penyatuan 1963 Sabah telah mengalami perubahan yang ketara dalam komposisi agama terutama dalam peratusan penduduknya yang menganut agama islam.
Pada tahun 1960, peratusan umat islam adalah 37.9% manakala Kristian 16.6%, kira-kira satu pertiga lagi kekal mengamalkan fahaman animisme. Pada tahun 2010 peratusan Umat Islam telah meningkat kepada 65.4% manakala mereka yang menganut agama Kristian hanya meningkat sedikit iaitu 26.6% dan Buddha hanya 6.1%. hal ini aktiviti dasar pengislaman yang agresif pada tahub 1969 hingga 1975 ketika negeri sabah berada dibawah pemerintahan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang diketuai oleh Tun Mustapha dengan sokongan kuat dari kerajaan pusat.

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)
​
Pada 14 oktober 1969, USNO telah membentuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau lebih dikenali sebagai (USIA). Mereka telah menjalankan kempen-kempen pengislaman di seluruh negeri tersebut dengan bantuan kerajaan Persekutuan yang menyemai nilai-nilai islam ke dalam pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam Sabah.
Pada tahun 1973, USNO telah meminda Perlembagaan Sabah untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah. USIA bersungguh-sungguh mempromosikan penukaran agama pribumi penduduk Sabah kepada Islam dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan kedudukan pejabat ditambah lagi melalui penghijrahan pendatang asing beragama Islam dari Filipina dan Indonesia. Dasar ini diteruskan apabila Sabah berada di bawah pemerintahan parti BERJAYA yang diketuai oleh Datuk Harris yang mana beliau secara terbuka menggesa semua umat islam di Sabah tentang pentingnya untuk mempunyai satu majoriti Islam bagi mengawal populasi Kadazan-Dusun yang majoritinya beragama Kristian tanpa memerlukan bantuan dari kaum minorti Cina. Akibatnya, ini telah mengubah demografi Sabah dalam hanya 50 tahun.

![]() Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun Yang Di-Pertua USIA Pertama | ![]() Ahli USIA Pertama | ![]() Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai Yang Di-Pertua USIA 2009-2012 |
---|---|---|
![]() Carta Organisasi USIA 2009-2012 | ![]() Ibu Pejabat USIA di 1 Borneo | ![]() Plak Pertandingan dari Persatuan Islam Putatan |
![]() Lencana Logo USIA | ![]() Tun Dr. Mahathir Mohammad Bergambar Kengan Bersama Kakitangan USIA di Ibu Pejabat USIA Sempena Perhimpunan Agung USIA 2009 | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() Rombongan Imam-Imam dari Seluruh Sabah untuk mendapatkan risalah USIA | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
GALERI USIA