top of page

Konsep Keharmonian

Tiap-tiap agama percaya kepada tuhan , percaya kepada dunia akan datang dan semua agama menggalakkan umatnya membuat kebaikan . Tidak ada agama yang menerima pembunuhan , penyiksaan atau lain -lain kegiatan pemusnahan. Sesiapa sahaja yang menerima kepercayaan kepada tuhan , membuat kebaikan , percaya kepada agama yang diyakini benar tidak kira Islam , Kristian , Buddha atau Hindu ,akan terdapat ganjaran dari tuhan.

 

Oleh itu , dalam satu komuniti manusia akan wujudnya agama -agama yang berlainan. Tetapi ini tidak menjadi satu masalah dalam mewujudkan keharmonian , tidak kira keharmonian dari segi agama mahupun kaum. Pada pandangan Islam, manusia dianggap sebagai satu , setiap orang menyembah tuhan dan sewajarnya membuat kebaikan serta menerima akibat dari perbuatannya dalam dunia akan datang. Adakah pandangan ini berlainan dengan agama-agama yang lain ?. Mengapa masih terdapat begitu banyak perselisihan dan pergolakan dalam masyarakat manusia global ?

 

Jika dilihat dalam skop yang lebih kecil , iaitu dalam negara Malaysia ini sendiri, penulis merasakan Islam adalah sempurna untuk diamalkan di sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Ini kerana Islam menerima agama yang lain dan memberi hak yang sama kepada orang muslim dan non muslim. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah jauh terpesong dari landasan kebersamaan . Islam yang diamalkan oleh sebahagian umat islam di Malaysia adalah Islam yang berfikiran sempit dan yang lebih teruk lagi apabila cauvinisme telah menjadi sebahagian daripada kepercayaan mereka. Islam di Malaysia dipandang dalam peraspektif komunal. Mungkin ini tidak dapat dielak memandangkan tanggapan masyarakat bahawa semua melayu adalah muslim dan Islam dipandang sebagai agama Melayu. Definisi 'melayu' di dalam Perlembagaan Malaysia sendiri mempunyai pertalian yang begitu rapat dengan Islam. Bagaimana ingin mengambil kepercayaan non muslim jika penekanan yang dibuat bukan pada agama tetapi hanya pada kaum.

 

Dalam suasana masyarakat sekarang , dimana kesedaran etnik semakin meningkat. orang -orang bukan melayu yang minoriti akan mengembangkan kesedaran yang jelas tentang latar belakang etnik mereka. Ini sedikit sebanyak telah menghasilkan jurang yang semakin besar antara orang- orang muslim dan non muslim. Orang -orang muslim yang mungkin memandang agama mereka 'lebih unggul' dari yang lain akan mungkin bertindak merungkai nilai dan pertalian umum yang wujud antara islam dengan agama lain. Keharmonian beragama telah menjadi satu kata -kata dongengan yang tidak bererti. Adakah kita sanggup menjadi seperti burung kasawari yang membenamkan kepalanya ke dasar pasir, dengan harapan masalah ini akan hialng. Alangkah bagusnya jika terdapat lebih banyak individu yang mempunyai kesedaran untuk mengadakan perbincangan atau forum ataupun kursus bagi menyedarkan betapa pentingnya keharmonian dalam beragama. Akan tetapi Islam tetap berprinsip dan prinsip tidak boleh disentuh dalam mana-mana forum sekalipun. Inilah pendapat peribadi saya. Adalah asas dalam satu negara yang berbilang agama, supaya setiap orang memahami nilai -nilai dan falsafah beberapa agama yang diamalkan di negara ini. Pemahaman agama lain akan menyebabkan kita mengetahui adab, norma kehidupan dan budaya etnik lain sekaligus menyebabkan keharmonian wujud.

LAMAN WEB

AKHBAR ONLINE

Konsep Agama 

Definasi Agama

Arti dan Definisi Agama. Apa pengertian Agama itu? Kata agama berasal dari bahasa sanskerta "A" berarti tidak; "GAMA" berarti kacau. Sehingga agama berarti tidak kacau. Atau dapat diartikan suatu peraturan yang bertujuan untuk mencapai kehidupan manusia ke arah dan tujuan tertentu. Dilihat dari sudut pandang kebudayaan, agama dapat berarti sebagai hasil dari suatu kebudayaan, dengan kata lain agama diciptakan oleh manusia dengan akal budinya serta dengan adanya kemajuan dan perkembangan budaya tersebut serta peradabanya. Bentuk penyembahan Tuhan terhadap umatnya seperti pujian, tarian, mantra, nyanyian dan yang lainya, itu termasuk unsur kebudayaan.

Konsep Agama Menurut Sosiologi

Dalam disiplin Sosiologi Agama, ada tiga perspektif utama sosiologi yang seringkali digunakan sebagai landasan dalam melihat fenomena keagamaan di masyarakat, iaitu: perspektif fungsionalis, konflik dan interaksionisme simbolik. Masing-masing perspektif memiliki karakteristiknya sendiri-sendiri bahkan bole menjadi penggunaan perspektif yang berbeza dalam melihat suatu fenomena keagamaan akan menghasilkan suatu hasil yang saling bertentangan.


Perspektif Fungsionalis
Perspektif fungsionalis memandang masyarakat sebagai suatu jaringan kelompok yang bekerjasama secara terorganisasi yang bekerja dalam suatu cara yang agak teratur menurut peringkat peraturan dan nilai yang dianut oleh sebagian besar masyarakat tersebut.


Perspektif Konflik
Tidak ada seorang sosiolog pun yang menyangkal bahwa perspektif konflik dalam kajian sosiologi bersumber pada idea-idea yang dilontarkan oleh Karl Mark seputar masalah perjuangan kelas. Berlawanan dengan perspektif fungsional yang melihat keadaan normal masyarakat sebagai suatu keseimbangan yang mantap, para penganut perspektif konflik berpandangan bahwa masyarakat berada dalam konflik yang terus-menerus diantara kelompok dan kelas, atau dengan kata lain konflik dan pertentangan dipandang sebagai determinan utama dalam pengorganisasian kehidupan sosial sehingga struktur dasar masyarakat sangat ditentukan oleh upaya-upaya yang dilakukan berbagai individu dan kelompok untuk mendapatkan sumber daya yang terbatas yang akan memenuhi keperluan dan keinginan mereka.


Perspektif Interaksionisme Simbolik
Dalam wacana sosiologi kontenporer, istilah interaksionisme simbolik diperkenalkan oleh Herbert Blumer melalui tiga proposisinya yang terkenal:

 

(a) Manusia berbuat terhadap sesuatu berdasarkan makna-makna yang dimiliki sesuatu tersebut bagi mereka;

 

(b) Makna-makna tersebut merupakan hasil dari interaksi sosial;

 

(c) Tindakan sosial diakibatkan oleh kesesuaian bersama dari tindakan-tindakan sosial individu. 

bottom of page