
keharmonian beragama dalam kalangan masyarakat sabah


Masyarakat Dan Agama Kristian Di Sabah
Agama Kristian dan kerajaan
Setiap penganut kristian mesti patuh kepada pemerintah kerana setiap pemerintah adalah dipilih oleh Tuhan. Kristian mengajar umatnya untuk mengakui kedudukan pemerintah agar tidak mendatangkan masalah kepada mereka.
Gereja sebagai medium untuk mendidik dan menyampaikan maklumat
Setiap gereja mempunyai sekolah mingguan @ Sunday school. Sekolah minggu ini akan memberi didikan agama dan menyampaikan ajaran berdasarkan bible dalam gaya bahasa dan cara yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
Kajian kes
Salib dalam komuniti pinggiran (Hassan Mat Nor,2001)
Secara umumnya masyarakat orang asli menganut fahaman animisme. Oleh itu, setiap orang harus menjaga tingkah laku yang mengundang bencana dan membinasakan diri dalam masyarakat secara keseluruhan. Sistem agama animisme yang diamalkan oleh masyarakat orang asli tidak mempunyai sistem dogma yang formal. Penukaran agama menyebabkan sistem kepercayaan lama masyarakat orang asli tidak bertahan lama. Ini kerana penukaran agama ini bukan sahaja melibatkan perubahan dalam sistem kepercayaan individu tetapi juga memberikan kesan kepada amalan kehidupan seharian dan persepsi mereka terhadap kehidupan. Menurut Robert H. Thoules (1971), penukaran agama adalah satu proses penghayatan sikap keagamaan yang baru. Simons(1971) berpendapat tindakan menukar agama ini akan mengubah bentuk ikatan kepercayaan seseorang daripada satu set simbol yang dianggap suci kepada satu set simbol suci yang lain.
Keharmonian agama Kristian dalam kalangan penduduk Sabah.
Kedudukan Bobolian tidak lagi seperti sebelum ini dalam masyarakat pribumi Sabah. Jika dahulu mereka sangat dihormati kerana kebolehan menjadi pengantara semasa melakukan aktiviti pertanian kini orang-orang gereja lebih dipercayai. Jika terdapat masalah tanaman, mereka yang berpendidikan lebih dirujuk.
Perubahan anutan agama masyarakat Dusun daripada animisme kepada Kristian menyebabkan kepercayaan tradisional dalam masyarakat tidak lagi diamalkan.
Semasa upacara “Kebangunan Rohani” dalam Kristian misalnya akan mendorong masyarakat animsme untuk mengambil keputusan membakar azimat dan alat-alat ritual tradisional yang selama ini dipercayai menghubungkan mereka dengan Tuhan.
Alat yang menjadi sumber hidup dan kekuatan masyarakat Dusun tradisonal dimusnahkan atas permintaan pemegang jika ingin menerima agama Kristian sepenuh hati.
Penduduk sering merujuk kepada Alkitab dan ketua-ketua agama Kristian untuk menjelaskan sesuatu keadaan atau kejadian yang mereka anggap luar biasa yang berlaku di sekeliling mereka.
Perubahan daripada animisme kepada Kristian menyebabkan petani yang beragama Kristian Sidang Injil Borneo (SIB) , di dalam satu musim keluaran padi petani harus memberikan satu persepuluh daripada hasil yang mereka dapat sebagai “persepuluhan” kepada pihak gereja.